Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya
mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh
Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu
sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan
membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan.
Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari
pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus
daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu.
Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia
perniagaan.
Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972, beliau berjaya
mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A di bawah Syarikat Kenderaan
Sentosa. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak
MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Tan Sri Syed
membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu Tan Sri Syed Mokhtar
menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke
hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Setahun selepas Bukhary Sdn।
Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun
1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan membekalkan
beras,teh, tepung coklat,tepung susu dan minyak sapi yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada
usahawan Bumiputera.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri
Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn।
Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara
dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products
yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah
jenama Fernleaf dan Anchor.Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar
menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.
Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan
ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa
berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu
menukarkan kokonya dengan teh dari China secara pukal.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang
komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah
kepada sektor pembuatan. Ini
ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak
Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera
dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya
mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau
membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya
membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan
pakaian.Oriental Garments
Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang
berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua
Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian
yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan
memasarkan pakaian berjenama Crocodile.
Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois bagi
pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bergiat dalam
perniagaan perkapalan. Beliau
menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan.
Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE.
Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan
Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami
kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga
USD600,000.
Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam
sektor pembangunan hartanah.Beliau
membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek
perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam
projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm
Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor
Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor
Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka
berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk
Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari
Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang
mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn।.Bhd.,
iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon
Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat
itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan
pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga
memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan
elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana
perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas
yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas
International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak
sektor perniagaan।.Manakala
18.7 peratus pegangan dalam
Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik
serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku.
No comments:
Post a Comment