Latar belakang
keluarga
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar,
Kedah pada tahun 1951. Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yaman. Bapa beliau
merupakan seorang pengembara yang berdagang sehingga ke Asia Tengah.Pada pertengahan
tahun 1940 an , bapa Tan Sri telah
mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah.Tan sri Syed Mokhtar
sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin dan hidup serba
kekurangan.Kediaman mereka hanya dibina dengan menggunakan kayu dan tiada kelengkapan
rumah yang lain seperti katil, meja, mahupun kerusi.Beliau merupakan anak yang
ketiga daripada tujuh adik beradik.
ALam pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar telah
memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila usianya mencecah 9
tahun, beliau telah dihantar untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya iaitu
Syed Omar di Johor Bahrub.Beliau tinggal bersama bapa saudaranya sehingga
beliau mencapai umur 14 tahun iaitu pada tingkatan dua.Kemudian beliau kembali
semula ke kampung halaman di Alor Setar dan menyambung kembali persekolahan
hingga tingkatan lima di sekolah Saint Micheals.
Bermula berniaga
sejak di bangku sekolah dan membantu keluarga
Tan Sri Syed Mokhtar sedar akan keadaan keluarganya yang sangat
susah dan kurang berkemampuan. Bagi menampung pendapatan keluarganya dan adik
beradik yang lain, Tan Sri Syed Mokhtar telah membantu ibunya menanam sayur-sayuran
dan menjualnya di pasar yang terletak di Jalan Telok Wan jah. Pada masa yang
sama, Tan Sri sangat rajin kerana turut menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa
waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan pergi menemuinya di sekolah dan memintanya membuat
simpan kira.Selepas waktu sekolah berakhir, Tan Sri tidak seperti pelajar-pelajar
yang lain berehat di rumah tetapi beliau akan membantu bapanya menjaga dan
mengembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan
stesen kereta api Alor Setar.
Namun pada tahun 1970an, peniagaan binatang ternakan bapanya
mengalami kerosakan disebabkan oleh tercetusnya wabak kaki dan mulut.Semua binatang
ternakan mereka mati begitu sahaja.Hal tersebut tidak mematikan semangat Tan
Sri tetapi beliau telah memulakan
perniagaan menjual daging ais secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang
berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universitI
tetapi hanya setakat SPM. Namun, ini tidak bermakna beliau tidak mampu Berjaya seperti
orang lain. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung
apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi dan daripada
kelurganya.Kunci kejayaan beiau adalah semangat dan kerajinan yang dibawa dalam
dirinya dalam melakukan perniagaan.
No comments:
Post a Comment