Assalamualaikum dan
selamat sejahtera semua...
Saya ialah Hani……saya
mencipta blog ini kerana ianya salah satu tugasan yang telah diberikan dalam
subjek gelagat dan kemahiran keusahawanan (BPME 2013). Ok….. saya akan
memperkenalkan diri saya sebelum meneruskan penulisan saya yang seterusnya.Saya masih lagi pelajar di Universiti
Utara Malaysia yang menyambung pelajaran bagi ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan.Nak kongsi sikit ye…UUM
ni memang cantik pemandangannya.Kali pertama saya menjejakkan kaki di sini memang sedih
sangat-sangat sebab ia terlalu jauh dengan tempat tinggal saya (Kelantan) dan
betul-betul terpacak dalam hutan belukar
kot…….Saya tak dapat bayangkan macam mana nak belajar dalam keadaan macam nih
sebab terlalu jauh dari bandar dan tiada apa yang bleh menarik hati saya pada
masa tu……Tapi bila dah lama tinggal di sini, saya mula rasa “fall in love with
UUM“,mana tidaknya UUM ada semuanya kemudahan
untuk seorang pelajar seperti bas pergi balik kuliah, perpustakaan yang sangat
besar , penginapan untuk pelajar, dan banyak lagi lah….. Saya berasa tenang tinggal di uum yang penuh kehijauan dan jauh
dari kesibukan diluar sana. ….. Tentang diri saya pula, Saya ni hanya seorang gadis kampung yang aktif dan “buas” Opsss….tp
panggilan “budak buas” memang sinonim dah dengan saya.Saya suka menjelajah ke
mana sahaja, suka sangat mencuba benda baharu atau pelik dari orang lain yang
boleh mencabar diri saya sendiri. Disebabkan perwatakan saya begitu,saya senang
dan suka berkawan dengan lelaki…heeeee........
Sejujurnya, ni pertama kali saya menulis dan saya memang tidak pandai untuk menulis
seperti yang ada dalam blog orang lain.. Tapi saya akan cuba yang terbaik lah ye untuk diri saya,
subjek BPME dan prof saya yang sangat sporting (Pak Dony).Oleh itu, dengan adanya
blog ini, saya boleh berkongsi dengan semua orang tentang dunia KEUSAHAWANAN.
Enjoy it…………………….(*_*)peeeewiiiiit!
No comments:
Post a Comment