Saturday, 27 September 2014

Mengapa saya memilih Tan Sri Syed Al-Bukhary sebagai usahawan pertama??????



Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary adalah nama penuh beliau.Perkara yang membuatkan saya memilih beliau sebagai usahawan untuk tugasan blog pada kali ini kerana beliau berasal daripada keluarga yang sangat miskin dan hidup dalam kekurangan.Keadaan ini menarik minat saya untuk lebih mengenali beliau bersama-sama kisah hidupnya sehingga beliau mampu berjaya hingga ke hari ini. Beliau juga bukannya datang daripada golongan yang berpendidikan yang tinggi tetapi hanya memiliki sijil SPM.Di sini adanya keistimewaan beliau di mata saya yang menunjukkan beliau hanya orang miskin dan tiada pendidikan tinggi begitu berjaya di Malaysia.


Saya juga sangat tertarik dengan sikap  Tan Sri Syed Al-Bukhary yang sangat jujur dalam menjalankan perniagaan. Bagi beliau tidak ada yang singkat untuk berjaya dalam perniagaan.Beliau juga sangat menitikberatkan golongan islam dan juga orang- orang yang susah kerana beliau selalu memberi sumbangan dana,bantuan dan melakukan pelbagai aktiviti kebajikan yang lain.Beliau bukanlah seorang yang terlalu mementingkan keuntungan dan nama tetapi sangat merendah diri dalam pelbagai aspek.Saya sangat meminatinya dan akan menjadikan beliau sebagai contoh untuk menceburi bidang perniagaan di masa hadapan.


Seterusnya saya begitu kagum dengan kebijaksanaan beliau dalam penglibatan dunia perniagaan.Beliau akan memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menjalankan perniagaan.Hal ini terbukti semenjak daripada kecil lagi beliau telah bijak mengatur hidup untuk menjalankan pelbagai perniagaan seperti meniaga sayur,menjual roti canai, mengembala lembu dan sebagainya.Sehingga sekarang beliau masih lagi aktif dalam pelbagai bidang perniagaan seperti pengangkutan, pelabuhan, automobile, dan banyak lagi.


Saya sememangnya sangat meminati dunia perniagaan dan akan cuba menceburinya.Saya akan menjadikan Tan Sri Syed Al-Bukhary sebagai tokoh dan idola untuk melangkah dalam bidang ini.Setiap kisah hidupnya menjadi peransang dan dorongan untuk saya lebih berani dalam perniagaan.Semoga saya boleh berjaya dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH apabila telah berada dalam dunia perniagaan….amin….(*_*)


No comments:

Post a Comment