Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi
sebagai hobi. Dia tidak takut membuat kesalahan dan sentiasa belajar
daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko. Harsukhlal Maganlal Kamdar
ialah Pengasas dan Pengarah Urusan pusat pakaian Kamdar. Harsukhlal juga adalah
Presiden Persatuan Gujarati.
Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat.
Beliau tiba di Malaysia pada tahun 1941 selepas menamatkan bidang pengajian di
tingkatan lima bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di
Rajkot. Beliau baru sahaja berumur 14 tahun pada waktu tersebut dan berhijrah ke
Malaysia.Pada masa itu, bapanya menghendaki beliau meneruskan pelajaran tetapi
beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat pendidikan formal kerana belajar
hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat ilmu daripada
sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya sebagai
usahawan.
No comments:
Post a Comment