Saya memilih irfan khairi sebagai usahawan ketiga untuk dimuatkan dalam tugasan blog kali ini kerana saya sangat meminatinya dari aspek personalitinya yang lemah lembut dan bergaya. Walaupun beliau seorang yang sangat berjaya namun dia tetap dengan gayanya yang lemah lembut apabila bertemu dengan sesiapa pun.Saya tertarik dengan dirinya saat dia telah datang ke UUM pada pogram orientasi untuk pelajar kemasukan 2013/2014.Dia memberi ceramah dengan penuh lemah lembut dan bersemangat.Ketika dia menjawab setiap pertanyaan mahaisiwa-mahasiswi yang diajukan kepadanya, dia tetap dengan senyuman dan menjawab pertanyaan tersebut dengan ikhlas ditambah huraian yang sangat jelas.Oleh itu, saya berasa ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi sehinggalah menjadikannya sebagai tokoh usahawan untuk tugasan individu ini.
Irfan Khairi juga seorang yang kreatif dan bijak, ini jelas kerana di usia sekitar umur 20 tahun yang begitu muda mampu mencipta perniagaan menggunakan internet.Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda multimedia design di staffordshire university, united kingdom, dia telah memulakan kerjayanya di sebuah syarikat IT yang sangat besar di UK.Saya begitu kagum dengannya kerana pihak syarkat telah memberi kepercayaan kepadanya dengan mencipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di UK.Ia merupakan suatu kepakaran yang sangat bernilai bagi irfan khairi.
Saya juga berharap mampu melangkah masuk ke dalam bidang perniagaan secara online seperti mana yang dilakukan oleh irfan khairi.Kaedah ini sangat menjimatkan masa tanpa memerlukan kita keluar untuk bertemu pelanggan tetapi hanya menggunakan latop atau komputer dan internet di mana-mana sahaja.
No comments:
Post a Comment