Friday, 3 October 2014

Sebab saya memilih Harsukhlal Maganlal Kamdar



Nama penuh beliau adalah HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR. Perkara yang membuatkan saya memilih beliau adalah kerana beliau merupakan seorang remaja yang sangat bercita-cita tinggi dan bersemangat dalam menjalankan perniagaan.Usahanya dapat kita lihat apabila dia cekal mengayuh basikalnya sehingga 20 batu hingga 30 batu di kawasan Pulau Pinang untuk meninjau bidang perniagaan yang dianggap mempunyai potensi untuk dibangunkan.Di sini jelas menunjukkan tiada jalan singkat untuk berjaya tetapi perlu kepada pengorbanan apatah lagi ingin terlibat dalam dunia perniagaan.

Seterusnya apa yang istimewa Harsukhlal di mata saya ialah beliau hanya menamatkan pelajaran setakat tingkatan lima dan bukanlah individu yang begitu berjaya dalam pendidikan.Tetapi minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tidak menghalang  beliau untuk mencipta perniagaan sendiri dengan mengutip pengalaman bekerja.

Harsukhlal tidak sombong dengan kejayaan yang dicapainya, tetapi beliau sangat pemurah dan sentiasa memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan.Buktinya ialah beliau telah menguruskan beberapa buah rumah anak yatim di India, menyumbang modal untuk pembinaan asrama khusus untuk kanak-kanak perempuan terbiar, menderma sebanyak RM 500000 kepada mangsa gempa bumi di Bhuj,India dan sebagainya.

Saya sangat kagum dan meminati usahawan yang berjaya bermula daripada peringkat bawah sehingga memerlukan segala usaha dengan kudrat diri sendiri.Berkat usaha-usaha yang dilakukan inilah membawa kejayaan kepada mereka.Hal ini membakar semangat saya apabila saya menghayati setiap langkah perjalanan mereka sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya.



No comments:

Post a Comment