Saturday, 27 September 2014

Proses pembangunan perniagaan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY




Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary  beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A di bawah Syarikat Kenderaan Sentosa. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.


Menubuhkan syarikat
 Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar(UDA).Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan  beberapa  anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


 Perniagaan terus berkembang
 Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan membekalkan beras,teh, tepung coklat,tepung susu dan minyak sapi  yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China secara pukal.


Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian.Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera  dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois bagi pasaran eksport.


Perniagaan perkapalan
Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000.

Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah.Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.


Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn.Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.



Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.


Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan.Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Mengapa saya memilih Tan Sri Syed Al-Bukhary sebagai usahawan pertama??????



Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary adalah nama penuh beliau.Perkara yang membuatkan saya memilih beliau sebagai usahawan untuk tugasan blog pada kali ini kerana beliau berasal daripada keluarga yang sangat miskin dan hidup dalam kekurangan.Keadaan ini menarik minat saya untuk lebih mengenali beliau bersama-sama kisah hidupnya sehingga beliau mampu berjaya hingga ke hari ini. Beliau juga bukannya datang daripada golongan yang berpendidikan yang tinggi tetapi hanya memiliki sijil SPM.Di sini adanya keistimewaan beliau di mata saya yang menunjukkan beliau hanya orang miskin dan tiada pendidikan tinggi begitu berjaya di Malaysia.


Saya juga sangat tertarik dengan sikap  Tan Sri Syed Al-Bukhary yang sangat jujur dalam menjalankan perniagaan. Bagi beliau tidak ada yang singkat untuk berjaya dalam perniagaan.Beliau juga sangat menitikberatkan golongan islam dan juga orang- orang yang susah kerana beliau selalu memberi sumbangan dana,bantuan dan melakukan pelbagai aktiviti kebajikan yang lain.Beliau bukanlah seorang yang terlalu mementingkan keuntungan dan nama tetapi sangat merendah diri dalam pelbagai aspek.Saya sangat meminatinya dan akan menjadikan beliau sebagai contoh untuk menceburi bidang perniagaan di masa hadapan.


Seterusnya saya begitu kagum dengan kebijaksanaan beliau dalam penglibatan dunia perniagaan.Beliau akan memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menjalankan perniagaan.Hal ini terbukti semenjak daripada kecil lagi beliau telah bijak mengatur hidup untuk menjalankan pelbagai perniagaan seperti meniaga sayur,menjual roti canai, mengembala lembu dan sebagainya.Sehingga sekarang beliau masih lagi aktif dalam pelbagai bidang perniagaan seperti pengangkutan, pelabuhan, automobile, dan banyak lagi.


Saya sememangnya sangat meminati dunia perniagaan dan akan cuba menceburinya.Saya akan menjadikan Tan Sri Syed Al-Bukhary sebagai tokoh dan idola untuk melangkah dalam bidang ini.Setiap kisah hidupnya menjadi peransang dan dorongan untuk saya lebih berani dalam perniagaan.Semoga saya boleh berjaya dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH apabila telah berada dalam dunia perniagaan….amin….(*_*)


Profil dan latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



Latar belakang keluarga
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yaman. Bapa beliau merupakan seorang pengembara yang berdagang sehingga ke Asia Tengah.Pada pertengahan tahun  1940 an , bapa Tan Sri telah mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah.Tan sri Syed Mokhtar sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin dan hidup serba kekurangan.Kediaman mereka hanya dibina dengan menggunakan kayu dan tiada kelengkapan rumah yang lain seperti katil, meja, mahupun kerusi.Beliau merupakan anak yang ketiga daripada tujuh adik beradik.

ALam pendidikan
Tan Sri Syed  Mokhtar telah memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila usianya mencecah 9 tahun, beliau telah dihantar untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya iaitu Syed Omar di Johor Bahrub.Beliau tinggal bersama bapa saudaranya sehingga beliau mencapai umur 14 tahun iaitu pada tingkatan dua.Kemudian beliau kembali semula ke kampung halaman di Alor Setar dan menyambung kembali persekolahan hingga tingkatan lima di sekolah Saint Micheals.

Bermula berniaga sejak di bangku sekolah dan membantu keluarga
Tan Sri Syed Mokhtar sedar akan keadaan keluarganya yang sangat susah dan kurang berkemampuan. Bagi menampung pendapatan keluarganya dan adik beradik yang lain, Tan Sri Syed Mokhtar telah membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar yang terletak di Jalan Telok Wan jah. Pada masa yang sama, Tan Sri sangat rajin kerana turut menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan pergi  menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira.Selepas waktu sekolah berakhir, Tan Sri tidak seperti pelajar-pelajar yang lain berehat di rumah tetapi beliau akan membantu bapanya menjaga dan mengembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar.

Namun pada tahun 1970an, peniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kerosakan disebabkan oleh tercetusnya wabak kaki dan mulut.Semua binatang ternakan mereka mati begitu sahaja.Hal tersebut tidak mematikan semangat Tan Sri tetapi beliau telah  memulakan perniagaan menjual daging ais secara kecil-kecilan.


Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universitI tetapi hanya setakat SPM. Namun, ini tidak bermakna beliau tidak mampu Berjaya seperti orang lain. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi dan daripada kelurganya.Kunci kejayaan beiau adalah semangat dan kerajinan yang dibawa dalam dirinya dalam melakukan perniagaan.

Thursday, 25 September 2014

lets introduce...(*-*)




Assalamualaikum  dan selamat sejahtera semua...

 








Saya ialah Hani……saya mencipta blog ini kerana ianya salah satu tugasan yang telah diberikan dalam subjek gelagat dan kemahiran keusahawanan (BPME 2013). Ok….. saya akan memperkenalkan diri saya sebelum meneruskan penulisan saya  yang seterusnya.Saya masih lagi pelajar di Universiti Utara Malaysia yang menyambung pelajaran bagi ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan.Nak kongsi sikit ye…UUM ni memang cantik pemandangannya.Kali pertama saya  menjejakkan kaki di sini memang sedih sangat-sangat sebab ia terlalu jauh dengan tempat tinggal saya (Kelantan) dan betul-betul terpacak  dalam hutan belukar kot…….Saya tak dapat bayangkan macam mana nak belajar dalam keadaan macam nih sebab terlalu jauh dari bandar dan tiada apa yang bleh menarik hati saya pada masa tu……Tapi bila dah lama tinggal di sini, saya mula rasa “fall in love with UUM“,mana tidaknya UUM  ada semuanya kemudahan untuk seorang pelajar seperti bas pergi balik kuliah, perpustakaan yang sangat besar , penginapan untuk pelajar, dan banyak lagi lah….. Saya berasa tenang  tinggal di uum yang penuh kehijauan dan jauh dari kesibukan diluar sana. ….. Tentang diri saya pula, Saya ni hanya seorang  gadis kampung yang aktif dan “buas” Opsss….tp panggilan “budak buas” memang sinonim dah dengan saya.Saya suka menjelajah ke mana sahaja, suka sangat mencuba benda baharu atau pelik dari orang lain yang boleh mencabar diri saya sendiri. Disebabkan perwatakan saya begitu,saya senang dan suka berkawan dengan lelaki…heeeee........

Sejujurnya, ni pertama kali saya menulis  dan saya memang tidak pandai untuk menulis seperti yang ada dalam blog orang lain.. Tapi saya akan  cuba yang terbaik lah ye untuk diri saya, subjek BPME dan prof saya yang sangat sporting (Pak Dony).Oleh itu, dengan adanya blog ini, saya boleh berkongsi dengan semua orang tentang dunia KEUSAHAWANAN.


Enjoy it…………………….(*_*)peeeewiiiiit!